November 07, 2008

BUKAN TIDAK TEGA,TAPI TERLALU CINTA!!!


Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
*Editor : kasihsayang
Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku…. Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta! Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu? Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai? Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan! Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah. Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah. Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus


http://www.iluvislam.com/

dihantar oleh: muslimsgeneration

editor : kasihsayang


Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.


"Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.


*************************************************************************************************


Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.
Wassalam
Salam sayang,
Emak

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati."

Tawadhu'
www.iLuvislam.com
Umar Al-Fateh
*Editor: lailatulema

Andaikata kita benar-benar dapat meletakkan diri kita secara tepat dalam hidup ini, nescaya hidup ini lebih ringan, lebih tenang dan lebih barakah. Sayang, kita kadang tidak cukup waktu untuk mengenal diri sehingga kita merasa lebih dari kenyataan, ataupun kita merasa lebih rendah dari apa yang Allah kurniakan. Inilah hikmah yang ingin kita singkapkan dari kehidupan.Tanamlah diri kita di dalam tanah kerendahan, kerana setiap suatu yang tumbuh tapi tidak ditanam maka tidak sempurna buahnya. Siapa yang merendah diri, Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang sombong diri Allah akan menghinakannya.Akar yang menghujam ke dalam tanah membuat pohon kian kukuh tapi pohon yang akarnya jauh dari tanah ketika disiram air, pohon itu bisa jatuh, runtuh. Makin kukuh akar mencengkam tanah, biarlah ianya dihempas badai , diterjang taufan , ditiup angin nescaya ia tidak akan goyah. Begitulah jelasnya orang-orang yang benar-benar menikmati hidup buah dari amal yakni orang-orang yang tawaduk atau orang-orang yang rendah hati.Banyaknya amal tidak bererti selamat. Jika sebelum beramal, tipu dayanya adalah enggan beramal, kalau sebelum beramal tipu dayanya adalah niat yang salah.Ingin dipuji amal-amalnya sebagai amal kebaikan.Ketika sedang beramal , cubaannya ada lagi, iaitu enggan menyempurnakan amalnya. Ingin tidak sempurna.Ketika selesai beramal, tipu dayanya menjadi lebih besar iaitu ujub, merasakan diri telah dan paling beramal. Merasa diri lebih dari orang lain amalannya. Semua ini benar-benar mencabar perjuangan.Kerana itu kita dianjurkan agar tawaduk, betul-betul tanamkan diri di bumi; kerendahan hati agar menjadi sempurnya amal-amalnya.

Kenikmatan Tawadhu'

Ketika kita berusaha untuk meletakkan diri di bumi kerendahan hati, perlu beberapa usaha dalam meletakkan diri sesuai dengan apa yang diinginkan agar diri tidak berasa bongkak diri ketika berjalan di atas muka bumi Allah ini.Kita harus sedar bahawa yang membuat diri kita beramal bukanlah diri kita tetapi taufiq dari Allah. Sepertinya kita boleh bersedekah, tapi wangnya dari mana?Jika kita tidak diberikan rezeki oleh Allah, kita tidak akan boleh bersedekah. Sekarang kita sudah punya wang, tetapi orang sekeliling kita tidak memerlukan wang, maka kita juga tidak boleh mengeluarkan wang itu. Sesudah ada rezeki, digerakkan orang-orang yang berkeperluan kepada kita. Ada yang perlu untuk melunasi hutangnya, membiayai masjid-masjid, sekolah-sekolah agama, maka digerakkan mereka untuk bertemu dengan diri kita, maka kita dimudahkan untuk bersedekah dan diringankan hati kita.Ada juga manusia yang bersedekah, tetapi dengan bersedekah lebih membuatkan hatinya menjadi lebih bongkak. Oleh kerana itu, kita perlu tahu bahawa rangkaian amal ini, hanya Allah yang boleh membuat kita untuk beramal.Tidak usahlah diingat-ingat, disebut-sebut amal kita kerana Allahlah yang membuatkan kita beramal.Kita tidak akan benar-benar beramal kerana Allah jika mahukan kemahsyuran dari beramal, bahkan demi Allah, tiada seorang hamba yang sungguh ikhlas pada Allah melainkan dia merasa senang, gembira jika dia tidak mengetahui kedudukan dirinya.Jangan kita merasakan kita sudah beramal, itu tanda kita tidak ikhlas, apalagi kita merasakan ikhlas. Orang yang merasa ikhlas dan ingin orang lain mengetahui keikhlasannya maka ia masih tidak ikhlas. Dia masih memerlukan agar orang lain tahu dirinya ikhlas dan dia merasa senang dikatakan ikhlas. Maka inilah tanda keikhlasan yang masih belum betul-betul sempurna.

Baja Kerendahan Hati

Oleh itu orang yang ingin betul-betul merasai nikmat tawadhuk perlu melupakan siapa diri kita.Jika kita sudah berijazah, lupakan ijazah yang ada kerana disisi Allah bukan ijazah yang menjadi ukuran tetapi amal yang ikhlas.Jika kita pernah bersedekah, lupakan sedekah yang dilakukan, jika diingat-ingat kita makin rasa perlu untuk pujian, disebut-sebut apa yang pernah dilakukan dan itu akan merosak.Jika kita adalah pimpinan, usahlah disebut-sebut jawatan yang ada “Saya pemimpin sekian-sekian”.Makin kita mengingati kedudukan kita , amal kita , makin kita ingat semua ini, makin kita rasa perlu diakui oleh makhluk maka makin tidak ikhlas amalannya.Kalaupun mahu diingat, agar menjadi lebih tawadhuk, ingatlah dosa-dosa kita.Mata… aduhhh, mungkin orang lain lebih bagus menjaga pandangan mereka dari kita yang selalu leka dan alpa dalam menjaganya. Jika kita hanya bisa menjaga pandangan ketika di luar, tetapi ketika menatap filem-filem, televisyen, kita tidak boleh menundukkan pandangan…aduhh… Sungguh banyak dosa, berbanding orang lain yang bisa menundukkan pandangan di mana sahaja.Perkataan , dibagus-baguskan, menyebut dalil-dalil..tapi siapa tahu , disisi Allah kita masih fasiq (orang yang selalu berbuat dosa).. aduhh..Tubuh dipakaikan sesuatu agar dikatakan soleh. Bila berzikir kehulu-hilir dikuat-kuatkan agar dikatakan bahawa diri sebagai ahli zikir. Semua itu topeng diri.“Saya ini banyak kekurangan, ” tetapi dalam diam fikiran masih suka mengalamun ke mana-mana , bicara ditambah-tambah , makin banyak silap , makin banyak dosa. Perkataan-perkataan dikatakan lebih dari kenyataan yang sebenarnya.Kadang dikurangi perkataan kerana takut dikata bodoh ilmunya.Kita belajar untuk mengaku siapa diri kita, maka pujian orang tidak akan membuatkan kita bahagia kerana pujian itu tidak sesuai dengan keadaan kita.Dan penghinaan orang juga tidak akan membuatkan kita terluka kerana penghinaan itu kekadang ,jika boleh dikatakan, lebih bagus dari kehinaan kita yang sebenarnya di sisi Allah.Selama kita belajar melihat kekurangan diri, sepanjang itulah kita boleh mendidik jiwa dan hati kita agar sentiasa merendah diri, tidak sombong ketika berjalan di atas muka bumi.Umpama padi di ladang, semakin ia berisi, semakin tunduk ia. Semakin kita mempelajari kehidupan, semakin merendah hatinya. Akur, bahawa diri masih tidak punya apa-apa. Sedar, diri masih jauh dari kesempurnaan. Rendah hati adalah kesempurnaan amal dalam menundukkan sifat tercela dari kesombongan.Latihan TawadhukMaka, latihlah tawadhuk dalam diri kita, mengingat-ingat kekurangan dalam diri.Ketika melihat kekurangan diri, supaya kita tawadhuk, sesudah kita yakin semuanya milik Allah, tidak diingat-ingat kebaikan dan jasa diri kita.Dalam masa yang sama, kita tidak melihat orang lain lebih rendah dari diri kita.Setiap orang kita lihat pada titik kelebihannya.Lihat anak-anak kecil, boleh jadi, dosanya lebih kecil, ataupun tidak berdosa dengan itu memudahkannya mendapat syurga berbanding kita.Lihat kepada orang yang lebih tua, amalnya boleh jadi lebih banyak dan taqwanya juga lebih tinggi dari kita.Ketika melihat orang yang baru belajar membaca al-quran, siapa tahu dia lebih takut pada Allah pada setiap huruf yang diucapkannya.Ketika melihat orang yang sedang berjualan, walaupun kecil jualannya, siapa tahu dalam pandangan Allah, penjual itu lebih mulia kerana kejujurannya walaupun dagangannya tidak sebesar mana.Melihat akan seorang guru, mungkin pengajarannya begitu ikhlas sehingga dari murid-muridnya terbit mereka yang akan menjadi benteng agama ini.Melihat kepada orang yang sudah berkahwin, siapa tahu, ibadahnya lebih tenang dan lebih khusyu’ sehingga di pandangan Allah lebih mulia dari kita yang hati sentiasa tidak tenang dan banyak berfikir tidak sepatutnya.Melihat orang yang membuat maksiat, mana tahu , suatu hari nanti, dia mendapat hidayah, taqwanya lebih tinggi dari kita dan matinya lebih mulia dari kita yang masih tidak tahu apa kesudahan kita.Lihat orang, lihatlah kebaikan mereka.Jika melihat seorang ibu, mungkin dengan keibuannya akan mengangkat darjatnya walaupun amalnya agak terbatas.Semakin senang kita melihat jasa orang lain, menghargai kebaikan orang lain,maka makin senang untuk kita menghormati manusia dan insyaAllah sifat tawadhuk boleh ditanam dalam diri kita.Bila kita sudah gembira melihat kebaikan orang lain, jasa mereka semuanya maka insyaallah kita akan lebih jauh dari kesombongan dan makin dekat kita dengan keteguhan dan kesempurnaan amal.Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari ayat Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menyarankan kita agar membersihkan hati kita dari sifat kesombongan, agar buah amalnya menjadikan kita lebih dekat pada Maha Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)




* Umar Al-Fateh merupakan salah seorang penulis jemputan iluvislam.com. Beliau kini menuntut pelajaran di Russian State Medical University, Moscow dalam bidang perubatan. Artikel diambil daripada http://umaralfateh.wordpress.com/

gimme B.E.A.U.T.I.F.U.L

cantik blog kita...
all thanx to FARAH....
nok article mesti dari HUSNA...
rasanya...
TO FARAH:

SEMOGA SLAMAT PERGI BERCUTI N PULANG DENGAN SLAMAT JUAK..
HAPPY HOLIDAY...
N JGN LUPA KMK ORG KAT GIGIH....
to all gigih all the best for exam next week...
iboh lupa blaja...
hehehe...

APA ITU SABAR?????


Sabar separuh daripada iman, kalau kita tak tau nak bersabar, maknanya kita takde iman! Namun, sikap tak sabar juga melambangkan mindset negatif, sikap kurang ajar dan perangai kurang sopan.
Ada 2 sebab utama mengapa kita perku berani bersabar. Pertama, tak semua keadaan, situasi, perkara, benda dan orang perseorangan di bawah kawalan kita.
Bila sesuatu terjadi di luar kawalan kita dan mencabar kewibaan kita, kita perlu bersabar. Kita ada pilihan lain, sebab pilihan-pilihan tak muncul di ketika itu.
Sabar dulu dan tunggu, kerana peluang akan muncul kemudiannya dan Anda sudah mempunyai pilihan untik ebrtindak sama ada menggunakan cara itu atau cara ini. Jika kita mendapat tuah, perlu bersabar juga kerana kita akan terdorong untuk bersikap tamak.
Kedua, dengan bersabar Anda melatih mental Anda supaya berattitude positif. Bila attitude positif, akan timbul keceriaan dan bila sudah ada keceriaan, Anda akan mudah mencapai apa saja matlamat Anda.
Ini hukum Law Of Attarction. Emosi ceria, gembira, riang dan bahagia merupakan “booster” untuk menarik matlamat Anda supaya cepat datang pada Anda.
.Jika mindset yang sama berkesan pada kami(pelajar 1 gigih) , ia berkesan untuk Anda juga. Buat dulu kemudian lihat kesannya.

Farah Nazeema telah manukar layout blog 1 Gigih !

Yesss !
dah tuka layout blog kelass !
susah woii !
hahaha !
ilek2 ~
iboh tkaaaa!
sapa tuka kompoun lak !
eeee ~
gud luck k ujian sem 2 kpd kwn2 ku skalian !