www.iLuvislam.com
oleh : Azree Hanifiah
editor : everjihad
Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.
“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.
Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.
Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.
Lawan Vs Kawal
“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.
Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.
“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.
“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.
“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”
Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”
Over Rate Diri Sendiri
“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.
“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.
cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.
Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.
“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.
Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.
Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.
Hijab dan Wanita Dakwah
Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.
pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”
Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.
Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.
Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.
Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.
“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake.You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
November 12, 2008
Dakwah dan Cinta...?
posted by, 2 GIGIH 09 at 3:56 PM 0 comments
November 07, 2008
KERANA DIA MANUSIA BIASA.....
diedit oleh : everjihad
Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.
************ ********* *********
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.
Wallahu 'alam.
posted by, 2 GIGIH 09 at 7:35 PM 0 comments
BUKAN TIDAK TEGA,TAPI TERLALU CINTA!!!
posted by, 2 GIGIH 09 at 7:32 PM 0 comments
Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus
posted by, 2 GIGIH 09 at 7:22 PM 0 comments
"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati."
Tawadhu'
www.iLuvislam.com
Umar Al-Fateh
*Editor: lailatulema
Andaikata kita benar-benar dapat meletakkan diri kita secara tepat dalam hidup ini, nescaya hidup ini lebih ringan, lebih tenang dan lebih barakah. Sayang, kita kadang tidak cukup waktu untuk mengenal diri sehingga kita merasa lebih dari kenyataan, ataupun kita merasa lebih rendah dari apa yang Allah kurniakan. Inilah hikmah yang ingin kita singkapkan dari kehidupan.Tanamlah diri kita di dalam tanah kerendahan, kerana setiap suatu yang tumbuh tapi tidak ditanam maka tidak sempurna buahnya. Siapa yang merendah diri, Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang sombong diri Allah akan menghinakannya.Akar yang menghujam ke dalam tanah membuat pohon kian kukuh tapi pohon yang akarnya jauh dari tanah ketika disiram air, pohon itu bisa jatuh, runtuh. Makin kukuh akar mencengkam tanah, biarlah ianya dihempas badai , diterjang taufan , ditiup angin nescaya ia tidak akan goyah. Begitulah jelasnya orang-orang yang benar-benar menikmati hidup buah dari amal yakni orang-orang yang tawaduk atau orang-orang yang rendah hati.Banyaknya amal tidak bererti selamat. Jika sebelum beramal, tipu dayanya adalah enggan beramal, kalau sebelum beramal tipu dayanya adalah niat yang salah.Ingin dipuji amal-amalnya sebagai amal kebaikan.Ketika sedang beramal , cubaannya ada lagi, iaitu enggan menyempurnakan amalnya. Ingin tidak sempurna.Ketika selesai beramal, tipu dayanya menjadi lebih besar iaitu ujub, merasakan diri telah dan paling beramal. Merasa diri lebih dari orang lain amalannya. Semua ini benar-benar mencabar perjuangan.Kerana itu kita dianjurkan agar tawaduk, betul-betul tanamkan diri di bumi; kerendahan hati agar menjadi sempurnya amal-amalnya.
Kenikmatan Tawadhu'
Ketika kita berusaha untuk meletakkan diri di bumi kerendahan hati, perlu beberapa usaha dalam meletakkan diri sesuai dengan apa yang diinginkan agar diri tidak berasa bongkak diri ketika berjalan di atas muka bumi Allah ini.Kita harus sedar bahawa yang membuat diri kita beramal bukanlah diri kita tetapi taufiq dari Allah. Sepertinya kita boleh bersedekah, tapi wangnya dari mana?Jika kita tidak diberikan rezeki oleh Allah, kita tidak akan boleh bersedekah. Sekarang kita sudah punya wang, tetapi orang sekeliling kita tidak memerlukan wang, maka kita juga tidak boleh mengeluarkan wang itu. Sesudah ada rezeki, digerakkan orang-orang yang berkeperluan kepada kita. Ada yang perlu untuk melunasi hutangnya, membiayai masjid-masjid, sekolah-sekolah agama, maka digerakkan mereka untuk bertemu dengan diri kita, maka kita dimudahkan untuk bersedekah dan diringankan hati kita.Ada juga manusia yang bersedekah, tetapi dengan bersedekah lebih membuatkan hatinya menjadi lebih bongkak. Oleh kerana itu, kita perlu tahu bahawa rangkaian amal ini, hanya Allah yang boleh membuat kita untuk beramal.Tidak usahlah diingat-ingat, disebut-sebut amal kita kerana Allahlah yang membuatkan kita beramal.Kita tidak akan benar-benar beramal kerana Allah jika mahukan kemahsyuran dari beramal, bahkan demi Allah, tiada seorang hamba yang sungguh ikhlas pada Allah melainkan dia merasa senang, gembira jika dia tidak mengetahui kedudukan dirinya.Jangan kita merasakan kita sudah beramal, itu tanda kita tidak ikhlas, apalagi kita merasakan ikhlas. Orang yang merasa ikhlas dan ingin orang lain mengetahui keikhlasannya maka ia masih tidak ikhlas. Dia masih memerlukan agar orang lain tahu dirinya ikhlas dan dia merasa senang dikatakan ikhlas. Maka inilah tanda keikhlasan yang masih belum betul-betul sempurna.
Baja Kerendahan Hati
Oleh itu orang yang ingin betul-betul merasai nikmat tawadhuk perlu melupakan siapa diri kita.Jika kita sudah berijazah, lupakan ijazah yang ada kerana disisi Allah bukan ijazah yang menjadi ukuran tetapi amal yang ikhlas.Jika kita pernah bersedekah, lupakan sedekah yang dilakukan, jika diingat-ingat kita makin rasa perlu untuk pujian, disebut-sebut apa yang pernah dilakukan dan itu akan merosak.Jika kita adalah pimpinan, usahlah disebut-sebut jawatan yang ada “Saya pemimpin sekian-sekian”.Makin kita mengingati kedudukan kita , amal kita , makin kita ingat semua ini, makin kita rasa perlu diakui oleh makhluk maka makin tidak ikhlas amalannya.Kalaupun mahu diingat, agar menjadi lebih tawadhuk, ingatlah dosa-dosa kita.Mata… aduhhh, mungkin orang lain lebih bagus menjaga pandangan mereka dari kita yang selalu leka dan alpa dalam menjaganya. Jika kita hanya bisa menjaga pandangan ketika di luar, tetapi ketika menatap filem-filem, televisyen, kita tidak boleh menundukkan pandangan…aduhh… Sungguh banyak dosa, berbanding orang lain yang bisa menundukkan pandangan di mana sahaja.Perkataan , dibagus-baguskan, menyebut dalil-dalil..tapi siapa tahu , disisi Allah kita masih fasiq (orang yang selalu berbuat dosa).. aduhh..Tubuh dipakaikan sesuatu agar dikatakan soleh. Bila berzikir kehulu-hilir dikuat-kuatkan agar dikatakan bahawa diri sebagai ahli zikir. Semua itu topeng diri.“Saya ini banyak kekurangan, ” tetapi dalam diam fikiran masih suka mengalamun ke mana-mana , bicara ditambah-tambah , makin banyak silap , makin banyak dosa. Perkataan-perkataan dikatakan lebih dari kenyataan yang sebenarnya.Kadang dikurangi perkataan kerana takut dikata bodoh ilmunya.Kita belajar untuk mengaku siapa diri kita, maka pujian orang tidak akan membuatkan kita bahagia kerana pujian itu tidak sesuai dengan keadaan kita.Dan penghinaan orang juga tidak akan membuatkan kita terluka kerana penghinaan itu kekadang ,jika boleh dikatakan, lebih bagus dari kehinaan kita yang sebenarnya di sisi Allah.Selama kita belajar melihat kekurangan diri, sepanjang itulah kita boleh mendidik jiwa dan hati kita agar sentiasa merendah diri, tidak sombong ketika berjalan di atas muka bumi.Umpama padi di ladang, semakin ia berisi, semakin tunduk ia. Semakin kita mempelajari kehidupan, semakin merendah hatinya. Akur, bahawa diri masih tidak punya apa-apa. Sedar, diri masih jauh dari kesempurnaan. Rendah hati adalah kesempurnaan amal dalam menundukkan sifat tercela dari kesombongan.Latihan TawadhukMaka, latihlah tawadhuk dalam diri kita, mengingat-ingat kekurangan dalam diri.Ketika melihat kekurangan diri, supaya kita tawadhuk, sesudah kita yakin semuanya milik Allah, tidak diingat-ingat kebaikan dan jasa diri kita.Dalam masa yang sama, kita tidak melihat orang lain lebih rendah dari diri kita.Setiap orang kita lihat pada titik kelebihannya.Lihat anak-anak kecil, boleh jadi, dosanya lebih kecil, ataupun tidak berdosa dengan itu memudahkannya mendapat syurga berbanding kita.Lihat kepada orang yang lebih tua, amalnya boleh jadi lebih banyak dan taqwanya juga lebih tinggi dari kita.Ketika melihat orang yang baru belajar membaca al-quran, siapa tahu dia lebih takut pada Allah pada setiap huruf yang diucapkannya.Ketika melihat orang yang sedang berjualan, walaupun kecil jualannya, siapa tahu dalam pandangan Allah, penjual itu lebih mulia kerana kejujurannya walaupun dagangannya tidak sebesar mana.Melihat akan seorang guru, mungkin pengajarannya begitu ikhlas sehingga dari murid-muridnya terbit mereka yang akan menjadi benteng agama ini.Melihat kepada orang yang sudah berkahwin, siapa tahu, ibadahnya lebih tenang dan lebih khusyu’ sehingga di pandangan Allah lebih mulia dari kita yang hati sentiasa tidak tenang dan banyak berfikir tidak sepatutnya.Melihat orang yang membuat maksiat, mana tahu , suatu hari nanti, dia mendapat hidayah, taqwanya lebih tinggi dari kita dan matinya lebih mulia dari kita yang masih tidak tahu apa kesudahan kita.Lihat orang, lihatlah kebaikan mereka.Jika melihat seorang ibu, mungkin dengan keibuannya akan mengangkat darjatnya walaupun amalnya agak terbatas.Semakin senang kita melihat jasa orang lain, menghargai kebaikan orang lain,maka makin senang untuk kita menghormati manusia dan insyaAllah sifat tawadhuk boleh ditanam dalam diri kita.Bila kita sudah gembira melihat kebaikan orang lain, jasa mereka semuanya maka insyaallah kita akan lebih jauh dari kesombongan dan makin dekat kita dengan keteguhan dan kesempurnaan amal.Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari ayat Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menyarankan kita agar membersihkan hati kita dari sifat kesombongan, agar buah amalnya menjadikan kita lebih dekat pada Maha Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)
* Umar Al-Fateh merupakan salah seorang penulis jemputan iluvislam.com. Beliau kini menuntut pelajaran di Russian State Medical University, Moscow dalam bidang perubatan. Artikel diambil daripada http://umaralfateh.wordpress.com/
posted by, 2 GIGIH 09 at 7:15 PM 0 comments
gimme B.E.A.U.T.I.F.U.L
cantik blog kita...
all thanx to FARAH....
nok article mesti dari HUSNA...
rasanya...
TO FARAH:
posted by, 2 GIGIH 09 at 7:02 PM 0 comments



